Panduan Mengguna Kolagen Marina
Sepaket / separuh iaitu 100g / 50gram kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali sama seperti mencuci beras. Setelah dibasuh, rendam di dalam air dan biar semalaman.
Esoknya, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau sebarang kotoran melekat lalu ditoskan.
Kemudian rebus bersama 2.5 / 1.25 liter air sehingga mendidih selama 15-20 minit.
Sejukkan di dalam bekas yang bersesuaian. Apabila sejuk ia akan menjadi seperti jeli / agar-agar.
Simpan di dalam ruang biasa peti sejuk, bukan di ruang sejuk beku.
Ambil beberapa sudu bagi setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan.
----------------------------------------------------------------------
Gred A+: RM15 / USD5 per 100gram
Tempah SEKARANG!
---------------------------------------------------------------------
CARA PENGAMBILAN SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN:
Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang telah dimasak semasa bangun tidur, sebaik-baiknya sebelum gosok gigi atau setengah jam sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum masuk tidur. Waktu terbaik kolagen diserap tubuh ialah ketika perut kosong.
Kolagen marina boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak.
Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.
Pperbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.
Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.
CARA MENGGUNAKAN KOLAGEN ASLI SEBAGAI MASK
Cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit.
Kemudian baru sapu gel kolagen yang telah dimasak di serata wajah dan leher.
Biarkan kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi.
Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori-pori kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.
Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkannya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit.
Kulit berminyak: Sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah. Biar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.
Kulit normal: Campurkan madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah dan sapukan pada wajah. Ia akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri, segar dan bercahaya.
Kulit kering: Campurkan gel kolagen dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan kelihatan lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.
Tempah SEKARANG!
Tempah SEKARANG!